Ceramah Khas Maulidur Rasul

Ceramah Khas sempena Maulidur Rasul telah diadakan pada 31 Mac 2011, sebaik solat Maghrib. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ). Dalam ceramahnya al-Ustaz menyentuh tentang beberapa amalan dan aktiviti harian yang sewajarnya menjadi contoh amalan seharian kita.

Menurut al-Ustaz lagi, Rasulullah s.a.w diutus Allah untuk diikuti dan di taati kerana Rasulullah diutus untuk memberikan rahmat kepada sekalian alam dan sesiapa sahaja. Mentaati Rasulullah s.a.w bererti juga mentaati Allah dan mendapat rahmat Allah. Ini adalah kerana masuknya syurga di kalangan umat manusia bukannya kerana banyak amal ibadahnya, tetapi dengan rahmat daripada Allah.

Kehadiran Rasulullah s.a.w bukan secara kebetulan atau tidak disengajakan. Rasulullah s.a.w merupakan insan pilihan yang terpilih dari kalangan umat manusia. Oleh yang demikian setiap aspek kehidupan beliau merupakan contoh tauladan. Bukan dalam amal ibadah sahaja, tetapi dalam segala aspek kehidupan seperti kepimpinan, cara berniaga, berperang dan berkeluarga.

Kira-kira 50 jemaah muslimin danmuslimat mengikut ceramah yang disampaikan. Majlis juga telah dimulai dengan selawat beramai-ramai yang diketui oleh Ustaz Hashrol Aidil. Sebaik solat isyak, para jemaah tidak melepaskan peluang menikmati juadah yang disediakan bersama al-Ustaz.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP