Solat Jumaat Di Surau As-Syakirin ?

Ekoran daripada desakan penduduk, cadangan untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau As-Syakirin telah mendapat persetujuan dan sokongan pihak SMK Precint 14(1). Lanjutan daripada itu, permohonan telah dikemukakan kepada JAWI Putrajaya pada tahun lepas setelah Pejabat Pelajaran Putrajaya menyatakan tiada halangan bagi mereka untuk membenarkan agar Solat Jumaat didirikan di Surau As-Syakirin SMK Precint 14(1).

Lanjutan daripada itu juga, satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di Pejabat JAWI Putrajaya pada 26 Januari 2011 bagi mengumpul maklumat serta tindakan berkaitan yang perlu dilakukan dalam mengemukakan semula permohonan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menaiktaraf Surau As-Syakirin SMK Precint 14(1) kepada Surau Jumaat.

Dengan pertambahan penduduk Islam dan pembinaan beberapa projek yang bakal menambah jumlah pekerja dan penduduk, Surau Jumaat yang dipohon akan memberi kemudahan serta keselesaan kepada mereka untuk menunaikan solat Jumaat. Ketika ini, jemaah ketika solat Jumaat di Masjid Al-Mustakim Kg Dato' Abu Bakar Baginda sentiasa melimpah hingga ke luar bangunan masjid.

Faktor kesukaran untuk ke masjid berhampiran dan faktor keselamatan pelajar dapat diatasi sekiranya dapat menunaikan solat Jumaat di surau ini. Ada sebahagian pelajar dan orang awam khususnya yang bekerja mengambil langkah mudah dengan tidak menunaikan solat Jumaat atas alasan di atas.

Sama-samalah kita berharap agar perkara ini menjadi kenyataan dan semua penduduk menberikan sokongan ke arah menjayakannya.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP