As-Syakirin Naik Taraf Sebagai Surau Jumaat

Pada 13 April lalu, Tn Pengerusi serta beberapa orang AJK telah menghadiri taklimat mengenai kebenaran solat Jumaat di Masjid As-Shafie Taman Perkasa Maluri, KL. Alhamdulillah, Surau As-Syakirin SMK P14 telah dibenarkan untuk didirikan solat Jumaat mulai 6 Mei 2011, tertakluk kepada kesediaan kita.

Taklimat telah disampaikan oleh Tn Hj Hashim bin Hj Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI.

Dalam taklimat yang disampaikan, penekanan diberikan kepada persediaan serta perkara yang perlu dipatuhi selaras dengan Akta 505 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993 Berkaitan dengan Masjid Bahagian VII ( Seksyen 72 – 83 ).

Pada akhir majlis, Tn Pengerusi telah menerima surat kelulusan rasmi daripada Tn Hj Hashim bin Hj Salleh. Turut menerima surat kelulusan ialah wakil dari 9 buah surau lain di sekitar Wilayah Persekutuan, yang turut dinaik taraf sebagai Surau Jumaat.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP