Perjumpaan Mahabbah Surau kariah MTMZA

Majlis Perjumpaan Mahabbah Surau-Surau Kariah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya ( MTMZA ) telah diadakan pada 8 Mac lalu, bertujuan untuk merapatkan silaturrahim serta bertukar pandangan, maklumat dan idea. Surau atau kawasan yang dianggap sebagai kariah Masjid MTMZA ialah meliputi Presint 4, 5, 6, 13, 14, 15, 17, 18, 19 dan 20.

Dalam ucapan alu-aluannya, Ustaz Mohd Redza berharap menerusi perjumpaan ini akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan silaturrahim di kalangan surau-surau sekitar, berkongsi program atau aktiviti serta makluman mengenai sesuatu aktiviti oleh surau-surau. Ini termasuklah kemungkin mengadakan program secara anjuran bersama.

Pihak MTMZA juga mengalu-alukan surau-surau yang memerlukan bantuan khususnya dalam mengadakan kuliah, ceramah atau mendapatkan sumbangan daripada tabung MTMZA, walaupun tabungan masjid juga terhad.



0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP