Mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah 3-4 Mac

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 3-4 Mac 2012 lalu. Seramai kira-kira 150 mengikuti kursus yang yang kebanyakkannya merupakan wakil dari surau-surau sekitar Putrajaya. Beberapa orang AJK serta ahli kariah Surau As-Syakirin telah mengikuti kursus ini yang diadakan secara percuma.

Kursus pada awalnya dikendalikan oleh Ustaz Md Tahir bin Md Yusoff dengan beberapa siri ceramah yang menyentuh tentang Adab Serta Tanggungjawab Terhadap Orang Yang Nazak Dan Selepas Kematian, Tatacara Pengurusan Jenazah dan diikuti dengan Pengurusan Mandi Dan Kafan Jenazah.

Sebelum bersurai, simulasi bagaimana menyediaan kain kafan, memandi serta mengkafankan jenazah dilakukan dengan bantuan daripada fasilitator program.

Pada hari kedua, program di sambung di Tanah Perkuburan Putrajaya Presint 20. Di sana para peserta ditunjukkan secara apraktikal bagaimana pengendalian jenazah daripada sudut pengkebumian serta hal tanah kubur.

Ini dikuti dengan majlis penerangan serta dialog bersama Pengurus Tanah Perkuburan Putrajaya Presint 20.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP