Penyusunan Semula Jadual Aktiviti Harian

Pihak surau sedang menyusun semula jadual aktiviti harian yang melibatkan kuliah serta program-program lain. Ini melibatkan pertambahan sesi kuliah maghrib daripada ustaz jemputan sama ada daripada sekitar Putrajaya atau daripada luar Putrajaya. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan para ahli kariah dapat turut serta bagi memanfaatkan program yang diadakan.

Antaranya ialah Kuliah Kupasan Hadis 40 yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Latif pada setiap hari Isnin minggu pertama dan ke-tiga setiap bulan dengan menggunakan Buku Hadis 40 karanganb Almarhum Mustafa Abdul Rahman terbitan Dewan Pustaka Fajar.

Ini diikuti dengan Kuliah Kupasan Kitab Riyadhus Solihin oleh Ustaz Kamarulzaman ( daripada JAKIM ) pada setiap hari Rabu minggu pertama dan ke-3, selepas solat Maghrib. Ustaz Harme At-Takiri ( Darul Fuqaha ) akan mengisi slot pada minggu ke 2 dan ke-4. Manakala Tadarrus masih diteruskan selepas solat isyak.

Manakala pada setiap Jumaat minggu pertama dan ke-3, kupasan Kitab Dosa-Dosa Besar ( terbitan Pustaka Nasional, Singapura ) disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Mat Yunuh, pensyarah Koleh Poly-Tech Mara Bangi

Senarai penceramah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sama ada dalam laman web ini atau di papan kenyataan di surau untuk kemudahan ahli kariah. Jadi jangan lepaskan peluang menimba ilmu daripada aktiviti kuliah yang dianjurkan.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP