Kursus Pengurusan Kewangan Surau 2011

Kursus Pengurusan Kewangan 2011 telah diadakan pada 15 Oktober 2011 yang lalu, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Kursus yang merupakan anjuran JAWI Putrajaya, dihadiri oleh kira-kira 40 peserta dari surau-surau yang berdaftar di sekitar Putrajaya. Surau As-Syakirin diwakili oleh Pengerusi serta Bendaharinya.

Dalam kursus ini, para peserta telah diberikan penerangan serta tunjuk ajar bagaimana mengurus kewangan dan tatacara merekodkan aliran masuk dan perbelanjaan menerusi tiga sesi pembentangan.

Pembentangan pertama bertajuk Kewangan Sistematik disampaikan oleh Pn Muna Mohamad, Juru Audit Wajlis Agama Islam WP ( MAIWP ). Ini diikuti dengan Pengendalian Simpan Kira-Kira, Buku Tunai & Penyata Kewangan yang disampaikan oleh En Badrul Shah bin Badri, juga Juru Audit MAIWP.

Manakala selepas rehat tengahari, Cik Nadiah Soonan dari Hijrah Wealth Management menyampaikan ceramah dengan tajuk Pengurusan Perbelanjaan Surau.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP