Majlis Jamuan Mega Raya Putrajaya 2011

Buat pertama kalinya pihak JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Jamuan Mega Raya Aidil Fitri 2011, pada hari Sabtu 24 September 2011 di Surau Al-Furqan Presint 11 Putrajaya. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Surau-Surau Jumaat Putrajaya dan serentak dengan penyampaian Anugerah Surau Idaman 2011.

Surau As-Syakirin sebagai salah satu daripada 8 Surau Jumaat sekitar Putrajaya, tidak ketinggalan membuka gerai juadah Laksa Penang sebagai hidangan pada majlis tersebut. Sambutan daripada pengunjung amat mengalakkan dan Laksa Penang yang dihidangkan habis lebih awal daripada tenpoh masa majlis. beberapa AJK Surau bertugas melayan tetamu yang datang ke gerai Surau As-Syakirin.


Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Y Bhg Datuk Haji Che Mat bin Haji Che Ali, Pengarah JAWI menyeru agar semua AJk Surau dapat meneruskan khidmatnya bagi memakmurkan serta menguruskan kemudahan surau yang disediakan.

Beliau seterusnya menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi Anugerah Surau Idaman yang dimenangi oleh Surau Putra Al-Amin Presint 8 bagi Kategori Surau Jumaat dan Surau Ar-Raudhah bagi kategori Surau Biasa.

Menurut Y Bhg Pn Zainab binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah (K) Putrajaya, penilaian dibuat beberapa minggu sebelum ini yang dibuat berdasarkan kebersihan dan keceriaan, program pengimartahan, penglibatan masyarakat yang berbagai golongan serta komitment terhadap semua program JAWI.



0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP