Kursus Penyembelihan Perdana 2011

Kursus Penyemeblihan Perdana 2011 telah diadakan di Masjid Putra Putrajaya pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011. Kursus yang dianjurkan bersama oleh Masjid Putra, JAKIM Putrajaya dan JAWI ini telah diserta kira-kira 200 perserta yang kebanyakkan terdiri daripada AJK Surau-Surau sekitar Putrajaya. Surau As-Syakirin tidak ketinggalan menghantar peserta dalam kursus tersebut.

Perasmian telah dilakukan oleh Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Haji Abdul Manaf bin Haji Mat. Antara pengisisian kursus ialah Ceramah bertajuk Isu Semasa, Makanan Halal dan Penggunaan Orang Islam yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri Abdullah ( Bhg Hub Halal JAKIM ) dan ceramah Tatacara Pembelihan Mengikut Islam yang disampaikan oleh Us Abdul Fatah Yusuf ( JAWI ).

Sesi terakhir pengisian merupakan latihan praktikal penyembelihan ayam. Para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan yang diketuai oleh fasilitator bagi membantu dan menunjukcara pemyembelihan yang betul menurut syarak.

Ini termasuklah bagaimana memegang ayam yang betul sebelum disembelih, sembelihan dan proses selepas sembelihan dilakukan, termasuklah melapah ayam yang telah disembelih. Setiap peserta kemudian dibenarkan membawa pulang daging-daging ayam yang telah diproses mengikut kumpulan.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP