Salam Ramadhan 1431H

Ramadhan datang lagi. Semoga kedatangan Ramadhan 1431H disambut dengan tekad untuk meningkatkan amal ibadah lantaran janji Allah untuk melipatgandakan pahala atas keberkatan Ramadhan. Insya'allah.

Sebagaimana tahun lepas, Surau Sementara P14 ( As-Syakirin ) turut mengadakan Solat Terawikh pada setiap malam Ramadhan. Walau bagaimanapun berbeza dengan tahun lepas, pada kali Solat Terawikh diadakan sebanyak 8 rekaat dan diikuti dengan 3 rekaat witir. Alhamdulillah setakat ini, walaupun terdapat banyak pilihan untuk mengerjakan Solat Terawih, sambutan daripada ahli kariah tetap amat membanggakan.

Imam Terawikh pada kali ini ialah Ustaz Abdullah, seorang tenaga pengajar di Darul Huffaz International, Precint Diplomatik. Beliau yang berasal dari Somalia, baru berusia 24 tahun dan telah hafaz 30 juzuk Al-Quran pada usia 11 tahun lagi. Beliau telah bertugas di Darul Huffaz sejak Mac 2010 lalu.

Selain morey sumbangan orang ramai, pihak surau juga mengadakan majis tadarus Al-Quran sebaik selesai morey. Semua ahli kariah adalah dijemput untuk turut serta. Usaha sedang dilakukan untuk mengadakan majis tazkirah ringkas diantara Solat Isyak dan Solat Terawikh.

Dalam kesempatan ini, pihak surau mengalu-alukan sumbangan ahli kariah sama ada dalam bentuk RM serta juadah morey bagi menjayakan aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Perkara ini bolehlah disalurkan terus kepada AJK Penaja Surau.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP