Kelas Mengaji Untuk Kanak-Kanak

Kelas mengaji untuk kanak-kanak telah mula diadakan di surau sejak awal April 2010. Kelas diadakan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada setip minggu mulai jam 8.00 malam. Kelas ini dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar lepasan IPTA. Pilihan boleh dibuat sama ada hendak bermula dengan Iqra', mukaddam atau Al-Quran mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kaedah kelas adalah secara talaqqi, iaitu memperdengarkan bacaan di hadapan tenaga pengajar dan teguran akan terus diberikan daripada bacaan tersebut.

Alhamdulillah, sambutan yang mengalakkan diterima daripada anak-anak ahli qariah. Penyertaan masih dibuka kepada anak-anak ahli kariah yang berminat. Semoga lebih ramai yang akan turut serta selepas ini lantaran hebahan masih terhad setakat ini.

1 comments:

eima Rabu, Ogos 20, 2014 6:37:00 PG  

Saya ingin bertanya adakah dibuka kepada penduduk presint lain...sy berminat utk menghantar anak mengaji disini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP