Ceramah Maulidur Rasul 1431H

Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H telah diadakan pada 24 Februari 2010, sebaik selesai solat maghrib berjemaah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abu Hassan Al-Asha'ari bin Zakaria, seorang pendakwah bebas.

Dalam ceramahnya, Ustaz Abu Hassan yang juga bekas pegawai JAKIM dan pensyarah Kolej Mara telah menyentuh tentang betapa perlunya sambutan Maulidur Rasul, tugas Rasulullah s.a.w serta apa yang perlu dilakukan sekiranya kita mendakwa bahawa kita sayang dan cintakan Rasulullah s.a.w.

Memang tidak pernah disarankan oleh Rasulullah untuk menyambut hari kelahirannya, namun Al-Ustaz menyatakan sambutan perlu dilaksanakan ketika ini sebagai suatu syiar serta mengingatkan semula umat Islam. Namun sambutannya biarlah berpada, tidak seperti Abu Lahab sendiri sehingga sanggup menyembelih beberapa ekor lembu dalam menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.

Di samping membetulkan aqidah dan menyempurnakan ahlak umat manusia, Al-Ustas menegaskana bahawa Rasulullah s.a.w diutuskan ke dunia ini yang utamanya ialah bagi memberikan rahmat ke seluruh alam.

Sebagai tanda kita cintakan Rasulullah s.a.w, selalunya berselawat ke atas Rasulullah s.a.w, menjalankan kerja-kerja dakwah Islamiah serta menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan tauladan dalam tindakan serta amalan seharian, iaitu dengan mengikuti sunnahnya.

Kira-kira 50 orang jemaah telah mengikuti program ini. Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, sumbangan serta kerjasama dari ahli kariah dalam menjayakan program berkenaan, khususnya daripada Persatuan Penduduk P14E. Semoga kerjasama dan sokongan berterusan diterima dari ahli kariah.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP