Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H

Surau Sementara Precint 14 ( Surau As-Syikirin SMK Precint 14 ) bersama Persatuan Penduduk P14E telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H 17 Disember 2009, mulai jam 6.45 petang.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa Akhir Tahun 1430H, diikuti dengan Solat Maghrib, Bacaan doa awal tahun, Bacaan Yasiin, Tazkirah, Solat Isyak dan diakhiri dengan jamuan. Bacaan doa, imam solat dan tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Yusop, Imam 2 Masjid Sri Petaling. Solat hajat yang diadakan antara lain adalah untuk memohon kepada Allah agar dijauhi kawasan kita daripada wabak denggi yang sedang melanda.

Manakala dalam tazkirahnya, ustaz menyentuh tentang peri pentingnya kita berhijrah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik, selagi tidak menyalahi hukum dan syariat Islam. Hujan lebat yang turun sewaktu hampir maghrib nampaknya sedikit sebanyak menghalang daripada penduduk untuk hadir ke majlis ini.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP