Ceramah Maulidur Rasul 1433H

Ceramah sempena Maulidur Rasul 1433H telah diadakan pada 10 Febuari 2012, selepas solat Maghrib. Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah, Pengetua Kolej Islam Al-Azhar Sabah telah diundang khas bagi memberikan ceramah pada malam tersebut.

Al-Ustaz pada awal ceramahnya menceritakan detik getir apabila terpaksa meninggalkan keluarga setelah masuk Islam pada tahun 1990. Bapa beliau asalnya merupakan ketua paderi, malah beliau sendiri pernah dilatih untuk menjadi paderi. Sebelum masuk Islam, beliau banyak membuat perbandingan antara Islam dan Keristian sejak di bangku sekolah.

Namun menurut beliau telah memurtadkan kira-kira 200 orang sebelum masuk Islam, semua ahli keluarganya kini telah mengikuti jejak langkahnya memasukki Islam. Kira-kira 100 orang telah hadir mengikuti ceramah tersebut yang diakhiri dengan jamuan, selepas solat Isyak.

Dalam ceramahnya juga, beliau mengingatkan hadirin untuk sentiasa membuat sumbangan terhadap Islam termasuk dengan melaksanakan kerja-kerja dakwah Islamiah. Ini boleh dilakukan berdasarkan kemampuan masing-masing, bemula daripada keluarga sendiri dan rakan setugas secara berterusan.

Selain daripada itu beliau menyeru hadirin untuk rajin-rajin mengikuti majlis ilmu serta kuliah-kuliah agama dan membaca al-Quran setiap hari, sekurang-kurangnya tiga ayat.

Sebelum ceramah bermula, Ustaz Hasrol yang juga Imam I Surau Jumaat As-Syakirin telan mengetuai selawat beramai-ramai.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP