Suasana Terawih Pertama

Alhamdulillah, program Solat Sunat Terawih dapat dijalankan di surau kita. Walaupun bagi AJK Surau persediaan yang dilakukan amat singkat, iaitu sebaik penubuhan AJk Penaja pada 18 Ogos 2009 yang lalu. Malahan tugas hebahan pun masih belum selesai dilakukan.

Bagi memberikan sedikit keselesaan, pihak surau telah mendapatkan beberapa kipas angin tambahan yang dipinjam dari Surau Ar-Raudhah Precint 16 ( Apartmen ). Dianggarkan kira-kira 120 jemaah hadir mengerjakan solat berkenaan, termasuk muslimat.

Walau bagaimanapun, jumlah jemaah ini menjadi jauh lebih kurang sebaik rekaat ke 8 selesai. Namun itu tidak menjadi hal untuk di teruskan solat sunat Terawih sehingga 20 rekaat. Pemilihan jumlah rekaat sebanyak 20 adalah bagi memberikan peluang kedua-dua keinginan atau pemikiran yang lazim di negara kita, sama hendak 8 rekaat atau 20 rekaat.


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP